Dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan kuota penggajian pekerja asing secara case by case di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing (OSC KDN) yang sebelum ini ditetapkan pada 31 Mac 2026 adalah dimansuhkan.

Sehubungan itu, permohonan kuota penggajian pekerja asing di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri (OSC KDN) adalah dibuka tanpa had tempoh tertakluk kepada dasar semasa Kerajaan.

Sistem Temu Janji bagi urusan di OSC KDN boleh dilayari melalui pautan berikut: https://que05-my.qbe.ee/KDN-OSC. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dikemukan melalui e-mel: [email protected] .

More Posts

Send Us A Message