Sumber: Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail / Gambar hiasan
SHAH ALAM, 16 Januari – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbangkan permohonan baru bagi pengambilan pekerja asing, terutama dalam sektor perladangan sawit di Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Kementerian Perladangan dan Komoditi membuat permohonan berkenaan bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam sektor ini.
“Namun Datuk Johari kata bukalah untuk pekerja ladang, lagi-lagi di Sabah, Sarawak sana teruk tak boleh petik buah, rugi ladang-ladang sana.
“Saya cakap.. tangguh dulu, tanya dulu dengan syarikat ladang berapa ramai perlu, kemudian kita akan buat tapisan.
“Lembaga Getah akan tapis, pihak jaga sawit akan tapis, sahkan dulu. Kemudian baru kita bermesyuarat,” katanya demikian ketika menghadiri Siri Syarahan Menteri: MADANI Sedang Direalisasi, Dekad Baharu Malaysia di UiTM, di sini.
Tags: KDN, kelapa sawit